Perlawanan pertama buat KPJ Penang FC selepas hampir lima bulan tertangguh ekoran wabak COVID 19 dan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan serta perlawanan pertama yang dimainkan pada waktu malam musim ini. Pemain kedua-dua pasukan turun dengan semangat yang baru setelah sekian lama berehat.
Perlawanan malam ini berlangsung dengan kembalinya hampir kesemua pemain dan juga penampilan pertama dua orang pemain, Faiz dan Azuan bersama pasukan. Keadaan cuaca pada waktu malam yang agak tenang dimulakan oleh pasukan Omega. Kedua-dua pasukan bermula dengan berhati-hati dalam setiap pergerakan sebelum merancang serangan. Namun, Omega bermula garang seawal minit ketujuh ekoran kesilapan mudah pertahanan Alpha yang membenarkan pergerakan Mujib untuk menghantar bola ke arah penyerang muda Omega, Ariffuddin menghadiahkan gol pertama pada malam ini. Omega bermula baik dengan satu gol awal.
Alpha membuat serangan balas dengan kombinasi pemain tengah Jai serta Ti mengatur serangan dari arah kiri yang diketuai oleh Renu. Usaha mereka berhasil ekoran kealpaan pertahanan Omega menimbulkan sedikit kucar kacir membantu Renu untuk menyamakan kedudukan satu sama ke atas kedua-dua pasukan. Omega terlebih dahulu membuat pertukaran dengan membawa masuk Pauzi menggantikan pemain yang membuat debutnya malam ini, Faiz.
Alpha menguasai kembali permainan dengan sekali lagi mengatur serangan ke arah kubu Omega. Hasilnya, satu hantaran lintang pendek dari Renu disambut oleh penyerang berbisa mereka, Sam yang tidak di kawal rapi oleh Omega membawa Alpha di hadapan hasil gol tersebut. Omega juga terlepas dua peluang keemasan dari pertembungan satu lawan satu dengan penjaga gol Alpha menerusi Ariffuddin dan Mujib namun tiada gol dapat dihasilkan. Separuh masa pertama berakhir dengan Alpha mendahului dua gol ke atas Omega.
Separuh masa kedua seperti biasa pertukaran diadakan dengan pasukan Alpha membawa masuk Azzali menggantikan Jai. Manakala, Omega membawa masuk 'debutant' Azuan, Faiz, Jai masing-masing menggantikan Shukri, Pauzi dan Adli. Terdapat perubahan posisi dikalangan pemain ini buat oleh pasukan Omega.
Separuh masa kedua, Alpha bermula garang dengan satu serangan oleh Renu dari arah kiri hampir menghasilkan gol namun kepantasan ketua pasukan Omega, Peijal menyelamatkan gawang Omega dari dibolosi lagi. Serangan bertali arus dilancarkan oleh Alpha menerusi Azzali dan barisan tengah diketuai Ti namun tidak dapat menembusi tembok pertahanan Omega. Menjelang suku terakhir separuh masa kedua Omega jelas menguasai permainan apabila membuat serangan berbahaya antaranya dari yang Yo terlepas satu peluang keemasan satu lawan satu dengan penjaga gawang Alpha, Hazwan namun hanya melewati palang gol. Serangan dilancarkan juga dari kiri dan kanan Omega membuatkan barisan pertahanan Alpha terpaksa bekerja keras mengekang serangan mereka.
Omega membuat pertukaran dengan Adli dimasukkan untuk menggantikan Moss dan Pauzi menggantikan Peijal. Di minit-minit akhir separuh masa kedua, hasil sepakan sudut oleh Azuan kepada Boy hampir menghasilkan jaringan namun sepakan Boy tersasar tinggi dari palang gol Alpha. Boy terpaksa dibawa keluar selepas itu ekoran mengalami kecederaan dan digantikan dengan Shukri. Separuh masa kedua berakhir tanpa sebarang penambahan jaringan dan masih kekal dengan Alpha memimpin perlawanan.
Separuh masa ketiga bermula dengan Omega memulakan permainan dengan satu pertukaran dari Omega, Moss dibawa masuk menggantikan Azuan. Tidak sampai beberapa saat, hasil hantaran pendek yang diberikan kepada penyerang berbisa Omega, Yo membuahkan hasil apabila rembatan jarak jauhnya menghasilkan gol walaupun bola terkena tiang dan melantun ke kaki Hazwan, seterusnya memberikan Omega peluang menyamakan kedudukan. Omega bermain dengan yakin dan mengatur kembali permainan. Alpha membuat pertukaran terakhir dengan membawa masuk Pauzi menggantikan Zulot di bahagian pertahanan.
Namun, Alpha sekali lagi dihukum akibat kealpaan dari pertahanan mereka membolehkan Moss melorongkan bola ke penyerang mereka, Ariffuddin untuk mencetak gol kedua peribadinya malam ini, memimpin Omega mendahului saingan dengan tiga berbalas dua gol. Tersentak dengan gol dari Omega, Alpha memperkemaskan permainan dengan mengatur pelbagai serangan ke arah kubu pertahanan Omega.
Omega sudah berada di ambang kemenangan pada malam ini namun di musnahkan oleh gol penyamaan minit-minit akhir oleh pemain tengah Alpha, Wan Cho yang menerima satu hantaran silang dari Azzali di sebelah kanan dan membuat satu gol voli cantik ke arah gawang Omega mengikat kembali kedudukan. Wisel penamat ditiupkan dan Alpha dan Omega terikat dengan enam jaringan pada malam ini masing-masing dengan tiga gol.
Rumusan permainan pada malam ini, para pemain menampilkan corak permainan yang baik dan cuba mengikut sebaik mungkin apa yang telah direncanakan oleh Coach Jason. Namun antara perkara yang disampaikan oleh permainan malam ini antaranya stamina pemain yang perlu dipertingkatkan lagi ekoran terdapat banyak pertukaran pada malam ini disebabkan keletihan. Perkara lain ialah masih terdapat pemain yang membuat kesalahan asas terutamanya ketika throw in dan juga ketumpulan jentera serangan namun ketiga-tiga perkara di atas diyakini dapat diperbaiki dalam perlawanan akan datang. Perkara positif lain dapat dinyatakan adalah dengan dua penyertaan pemain baru yang dapat memantapkan lagi pasukan dan ini menunjukkan KPJ Penang FC sentiasa mendapat sokongan serta tidak ketandusan pemain di dalam pasukan. Syabas serta terima kasih untuk permainan malam ini!!